
Written by hpa news | Saturday, 09 August 2008
DUA PERSOALAN TENTANG BONUS
Saya ada dua soalan tentang Bonus;
1)
Apa pendapat syarak mengenai downline aras 6 keatas yang mungkin kita tak kenal.kita tak servis pun downline ini.apakah bonus generasi yang kita dapat dibenarkan syarak.
2) Ada ahli yang
menjual produk misalnya kopi dibawah paras harga yang dibenarkan syarikat misalnya harga kopi radix papan untuk ahli 15.00 tetapi dijual 14.00. dan dijual dengan banyak kepada pemborong kedai runcit.alasan nak dapat bonus sahaja rugi 1.00 tak apa.muamalat begini menganiayai ahli baru.apa pendapat syarak muamalat sebegini dan adakah bonusnya halal.
Harap Ustaz dapat menjelaskannya.
Jawapan bagi soalan pertama;
1)
Bonus adalah pemberian dari Syarikat. Ia di ambil dari keuntungan syarikat. Konsep fiqh yang digunakan ialah
al-Ji'alah iaitu
pemberian bersyarat.
Pemberian ada dua jenis;
pemberian perAPTALa dan
pemberian bersyarat. Maksud pemberian bersyarat ialah; pemberian hanya akan diberikan jika syarat-syarat tertentu dipatuhi atau dilakukan. Dalam MLM, antara
syarat pemberian bonus ialah pengedar perlu membantu syarikat termasuk mencari dan menaja ahli baru untuk syarikat. Asalkan ada peranan dari pengedar dan peranan itu termasuk dalam syarat yang ditetapkan Syarikat untuk pemberian bonus, maka layaklah ia mendapat bonus berdasarkan janji dari syarikat. Pemberian bonus termasuk yang dikurniakan syarikat atas
dasar penghargaan terhadap
as-Sabiqunal-Awwalun (yakni perintis awal) dalam rangkaian perniagaan syarikat. Walaupun mereka tidak kenal generasi keenam/ketujuh yang jauh dari mereka -dalam jalinan rangkaian mereka- namun mereka telah berperanan menaja dan memperkenalkan syarikat kepada generasi kedua di bawah mereka atau generasi ketiga atau generasai keempat dan seterusnya hinggalah barang/produk/penajaan berpeluang sampai ke generasi keenam/ketujuh. Tanpa mereka penajaan dan produk syarikat tak akan sampai ke generasi-generasi atau downline-downline berikutnya di bawah kita. Jika tangga pertama tak dirintis, mustahil akan sampai ke tangga-tangga berikutnya; tangga ke dua, ke tiga, ke empat dan seterusnya. Maka melihat kepada hakikat tersebut, tidak layakkah mereka mendapat pemberian (bonus) khusus dari syarikat?
2) Bagi saya, masalah bonus dan ke mana disalurkan bonus itu merupakan masalah kedua. Masalah pertama yang perlu dipastikan ialah sumber datangnya bonus itu.
Jika ia datang dari keuntungan syarikat yang diperolehi secara halal, maka insya-Allah bonus itu juga halal. Adapun bagaimana bonus itu hendak diagihkan, maka itu bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan syarikat kerana pemberian bonus dilakukan atas prinsip al-Ji'alah iaitu prinsip pemberian bersyarat. Kesimpulannya, masalah pertama yang perlu diselesaikan oleh semua syarikat MLM ialah masalah perniagaan itu sendiri kerana dari perniagaan itulah datangnya keuntungan, kemudian dari keuntungan itu datangnya bonus.
Sebagai contoh; barang/
produk dijual dengan harga yang terlalu tinggi sedangkan
kualitinya tidak seberapa dan tidak setanding pula dengan harta pasaran (seperti menjual penapis air yang biasanya berharga 400, tetapi dijual dengan harga 1000), kemudian dari keuntungan yang melampau itu diambil darinya untuk pemberian bonus, maka dalam hal ini
bonus itu wajar dipertikaikan kerana ia datang dari perniagaan yang dilarang oleh Syarak kerana terdapat
al-ghabnu al-fahisyh bit-taghrir (beza harga melampau yang disertai penipuan, kerana tanpa penipuan mustahil barang itu akan laku).
Tetapi jika suatu syarikat menjual barang/produknya dengan harga yang berpatutan dan barang itu berkualiti dan syarikat meletakkan target jumlah jualan untuk memperolehi untung yang tinggi (bukan dengan harga melampau sebagaimana tadi), kemudian dari untung jualan itu dikeluarkan bonus untuk pengedar-pengedarnya yang berjasa kepada syarikat, maka dalam situasi ini tidak ada sebab untuk kita mempertikaikan bonus tersebut kecualilah jika barang/produk yang dijual itu haram atau syubhah.
3)
Perhatikan beza harga dan kualiti kopi-kopi lain di pasaran berbanding kopi Radix yang sempat saya tinjau;
RADIX : 15S (sachet) x 23gm, 7 herba = RM 12.00 |
Diberi bonus (ada pulangan kpd pengguna)
NESCAFE (T. ALI + GINSENG): 20S x 25gm, 2 herba = RM 12.90/13.90 |
Tanpa bonus (tanpa pulangan kpd pengguna)
GOLD CHOICE (T. ALI + GINSENG): 20S x 20gm, 2 herba = RM 12.90/13.90
Tanpa bonus
SUPER (T. ALI, GINSENG + M. KUCING): 20S x 30gm, 3 Herba = RM 16.50
Tanpa bonus
Beza harga dan kualiti bagi setiap satu sachet;
RADIX (7 Herba + Bonus) : 1S = RM 0.80
NESCAFE (2 Herba) : 1S = RM 0.65
GOLD CHOICE (2 herba): 1S = RM 0.65
SUPER (3 herba) : 1S = RM 0.825 Perhatikan! Radix HPA dengan campuran 7 herba dijual dengan harga setanding atau hampir setanding dengan kopi-kopi berherba dari syarikat-syarikat lain sedangkan kandungan herba dalam kopi mereka kurang dari kopi Radix HPA.
Kemudian hasil jualan kopi Radix HPA dipulangkan semula sebahagiannya kepada pengguna sebagai bonus khususnya bagi orang yang membantu syarikat sebagai perintis, penaja, pengedar, penjual dan sebagainya. Sementara syarikat-syarikat lain itu, keuntungan sepenuhnya menjadi milik mereka, tiada yang dipulangkan kepada pengguna.
Jawapan bagi soalan keduaBagi soalan kedua di atas; bonus adalah pemberian syarikat. Hanya orang yang mematuhi syarat-syarat syarikat sahaja berhak mendapat bonus. Oleh itu, orang yang melakukan perbuatan sedemikian (menjual produk di bawah harga yang ditetap syarikat) mereka bukan sahaja melanggar syarat syarikat, malah boleh melingkupkan syarikat. Maka mereka tidak layak mendapat bonus dari syarikat.
Dari segi Syarak, perbuatan mereka bercanggah dengan hadis Nabi s.a.w.;
“Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat yang disepakati sesama mereka selama tidak menyanggahi al-haq (yakni Syari’at Allah)”. Orang-orang sebegitu perlu diingatkan bahawa ketamakan mereka bukan sahaja akan memudaratkan pengedar-pengedar yang lain, tetapi akhirnya akan memudaratkan mereka juga. Insya Allah, pihak bertanggungjawab di HPA sedang berusaha membasmi mereka.
Kepada pencinta perjuangan HPA, hayatilah firman Allah (bermaksud);
“Saling bantu-membantulah dalam kebaikan dan takwa dan janganlah saling membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran (hukum Allah)”.Wallahu a’lam.
Jawapan disediakan oleh;
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil,
Pengurus Pentadbiran HPA Industri Sdn. Bhd.
Sarjana Muda Syari’ah Uni. Al-Azhar,
Diploma Takhassus Fiqh INSANIAH-ALAZHAR.